Friday 18 March 2016

Once upon a summer.... ADELAIDE - Part 1

Helo WBeloved sesumpah eh sesayang semua. Muah muah.

Janjiku padamu nak update blog. A few WB travels yang terhutang cerita. Meh la start dengan yang Adelaide trip dulu sebelum ianya luput dari kotak memori yang paling dalam.

Best way to discover Australia is by self drive. Kereta boleh book online. Just google Adelaide airport car rental. Baca all the regulations sebelum booking since Australia ada strict law on passengers. Kalau adik2 bawak rombongan satu bas sekolah jangan la bajet nak sewa kereta cute. Bajet cute tak per. Ikut kapasiti penumpang. 

WB arrived at Adelaide airport very early morning. Night flight is always the best sebab save hari. So if u plan to mandi kat airport sediakan la sepersalinan dalam hand carry bersama toiletteries hotel yang miniature. Jadi tak perlu bersusah payah membongkar luggage sehingga dituduhi pengebom berani mati pulak kat tengah2 airport tu.





Muka dah fresh after mandi manda macam rumah sendiri kat Airport

Next after breakfast We went to  pick up our car which we 'book now pay later' online.



Our Car

Akak-akak vogue superwoman tengah mencari strategi terbaik dalam penyusunan beg2. Note that kaler kereta tak sama? Well ni kes salah kereta. Adengan ini adalah sebelum menyedari hakikat tersebut.


Our first stop for day 1 was Barossa Valley, approximately 2 hours from Adelaide Airport.  Oleh kerana kami amat yakin dengan kebolehan superpower kami yang hebat, kami tidak menyewa gps tetapi hanya menggunakan peta sahaja. Very the girl guide going treasure hunt. Tapi bila lost usahlah malu bertanya. It saves time.

Pemandangan sepanjang ke Barossa sangatlah indah dengan hamparan ladang gandum dan ladang anggur. Adelaide juga dikenali sebagai Australian Vineyard, jadi kebanyakkan anggur Australia di tanam di Barossa. 



Misi pertama di Barossa adalah mencari bahan bekalan untuk memasak. Ada Foodland sebesar alam kat situ. Semua ada. 




 Terpaksa membeli Australian rice setelah Malaysian rice dirampas oleh airport authority kerana terbawa kutu beras Malaysia sekali. Alasan kutu adalah binatang peliharaan dan kutu juga nak melancong tidak diterima. We tried to nego. But failed. Note to traveller, please dont bring along the kutu. Beras jer tak per.





Rasa nak beli semua sayur kat situ. Tapi kesian pulak kat orang belakang karang tak makan.

Lepas membeli, kami pun belah. Checked in @ Vine Inn. Its a cluster 2 bed room apartment unit. Very comfy and spacious. We always prefer to be in a self contained apartment anywhere we go. Boleh masak dan makan dan makan lagi. 





Our first home cook meal in Barossa. L to R , acar strawberry, Brahim's beef curry dan scallop.


Lepas makan kita jalan-jalan dulu di Barossa Town. Eh Town ek? Entahlah.Sebab di Adelaide jarang kelihatan manusia yang ramai. Tak tahu ke mana mereka berada most of the time. Mungkin mereka sangat homely.




Ada korang nampak orang? Orang-orang pun takder kan. 


End of day 1. Day 2 - Discovering Barossa - in style (gedik)





 Abaikan budak baju biru yang tidak menepati dress code itu. Maid beliau balik negeri masa ni.







Dress by The Modest Alia


To be continued.


So u want to travel Australia? Jangan lupa buat Australian visa. Boleh apply online or lebih mudah minta travel agent buat. Here we suggest you to contact World Travel Ambassador Sdn Bhd , Phone No : 03-55196455. Just email them front page of your passport. They'll get done within 1-2 days. RM30 per person.

Australian visa is valid for one year, multiple entry. *Tapi kalau dah apply tapi tak jadi pergi, do make a cancellation to avoid problem for your future trip to Australia.



Wednesday 10 June 2015

Magical Sri Lanka - Part 2

Salam WBeloved

Ok part  1 was  published some ages ago.I know. I know. Hidup perlu  bersabar ye adik-adik. Besar ganjaran orang bersabar. :) (terima kasih atas permintaan2 yang bertalu-talu untuk update blog ni. Terharu dengan kegigihan korang meminati we all. Awwwww)


Day 2 in Nuwaira Elia diteruskan dengan melawat persekitaran yang sangat suci dan tidak tercemar dengan pembangunan terlampau. It is best to keep it that way.

The night before kami dibawa makan malam yang awesome. Briyani di Grand Indian Restauran berdekatan dengan The Grand Hotel.



Posing ala Kakak Ponti di bawah lampu jalan.Di belakang tu The Grand Hotel. Gambar selepas makan briyani dengan rakusnya after 4 hours plus of winding and bumpy journey, Kim Kadesyen pun tak mampu nak gojes derr.



The Grand Indian Restaurant (Halal Food. Can eat like dinosour)

Dalam kesamaran malam terlihatlah taman bunga yang indah di perkarangan Grand Hotel. Jadi takkan lah nak berposing di taman bunga di bawah sinar rembulan. Hanya kakak ponti je suka buat perangai begitu. We decided to come again the day after untuk meninjau keindahan lanskapnya dan tumpang bergambar.

Inilah The Grand Hotel Nuwaira Elia, the oldest hotel there, built during the colonial period.







Bersantai-santai di Gregory Lake

Di perjalanan turun masing-masing pun berdoa agar tiada lagi kejadian mabuk-mabuk free sepanjang perjalanan. Kita singgah lah sebentar di ladang teh tempat asal kebanyakkan teh ternama dunia di tanam. 


Bermesra bersma masyarakat setempat. Lepas tu depa mintak upah sebab ambik gambaq depa. Diva Ladang rupanya


Teh yang u all minum dengan dengan posh tu, segala earl grey, english breakfast , darjeeling ni achi achi nilah yang dok tanam okay.


Bunga ni terpaksa dibeli dengan harga lebih kurang USD9 kerana kasihan kepada budak penjual yang mengejar van kami sepanjang menuruni bukit. Kerana risau beliau akan pengsan maka terpaksalah kami beli.



Avacado yang juga terpaksa dibeli kerana kes kasihan jugak. Mungkin trip ini sebenarnya lebih sesuai dinamakan Trip Belas Kasihan (Yang akhirnya kesian kepada kami yang habis duit bershopping )


Tempat pertama yang dituju sesampainya di tanah datar ialah kilang batu permata. Ada pelbagai jenis batu permata yang dilombong di Ratnapura dan Kandy. Menurut kajian batu2 permata ini asalnya dari syurga, dan ia turun bersama Nabi Adam A.S yang dipercayai turun di Adam's peak.


Wedding ring Kate Middleton pun ditempah di Kandy. Walaupun kami hanyalah Kate Middleage crisis kami juga tergedik-gedik jugak memborong batu permata aneka warna. Murah .Sangat.


Found this

Setelah sedar diri dan telah miskin kami pun pergi ke sebuah restoren untuk makan tengahari. Tak Ingat pulak nama restoren tersebut. Tapi banyak terdapat restoren halal di Sri Lanka. Ayam juga boleh dimakan di kebanyakkan tempat kerana majoriti penduduk beragama Buddha Trivada dan Hindu yang tidak makan daging. Jadi ayam dan lembu disembelih oleh Muslim.



Buffet lunch hanya lebih kurang RM27. Sedap dan lazat 


Day 3

Apa lagi yang terbaik di Sri Lanka? Sari dan ........NORITAKE.



Barangan Noritake di sini memang menggiurkan dan harganya sangat murah berbanding di Malaysia. Pada asalnya hanya dua orang saja yang ada misi untuk memborong pinggan mangkuk, akan tetapi kerana tidak tahan daulat akhirnya semua ahli telah terjebak sama. 

Peringatan sebelum masuk dalam kedai baca doa masuk pasar banyak kali. Sila semak di belakang pinggan. Kerana ada juga bone china. Walaupun tulang lembu tapi kita tak mau lah makan dalam pinggan tulang kan. Kita makan sup tulang dalam pinggan kaca.


Ratu pinggan mangkuk sedang berduet lagu hindustan dengan pembantu kedai dalam usaha mendapatkan diskaun yang lebih.


Setelah miskin edpisod dua kami pun menuju ke kedai sari pulak. Di sini pun eloklah membaca doa masuk pasar banyak kali jugak. 


Bersusun-susun kain sari sara di sini. Harga pun sangat ok dan boleh diskaun. Tapi perlu diingatkan hospitaliti di sini agak ke laut dalam. Pastikan duit USD yang anda tukar dalam keadaan baik, tidak lusuh dan koyak. Anda mungkin akan menghadapi masalah di situ.

Colombo juga ada banyak Factory Outlet yang menjual branded item terutamanya ZARA  dan Mark & Spencer. Jadi targetlah apa yang anda nak buat atau apa yang nak dibeli.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Sri Lanka yang tak sempat dilawati oleh WB kerana kesuntukan masa. Elephant santuary, herbs garden, Adam's peak adalah antara tempat-tempat yang wajib dikunjungi.

Setelah bajet dah tahap kritikal bolehlah kita bercanda di tepian Lautan Hindi sambil menikmati sunset dan melayan perasan/perasaan.



Railway by the beach. Bila ambik gambar kena phewitt dengan jejaka2 Colombo dari atas keretapi. Feeling retis tamil uolsz.






In short Sri Lanka is a magnificent country to visit, where history, nature and fun are blended together harmoniously. Just go. 

Signing Off
Desert Rose

Friday 19 December 2014

THE MAGICAL SRI LANKA - Part 1



Hello WBeloved. Muah Muah.

Bila sebut Sri Lanka apakah korang akan teringat kepada gerilla tamil yillam atau kpd Tuan Presiden Sri Lanka yang namanya begitu gah sekali, Rajapaksa. (Dah la raja suka plak paksa orang).

But actually Sri Lanka has a lot to offer to Travellers. From Historical places to Shopping Places and Beautiful Nature.

WB telah berkesempatan melancong ke Sri Lanka pada 2012 setelah tertarik dengan nama sebuah tempat di sana. Gila posh kan sebab suka nama tempat tu maka terpaksa lah melawatinya. Yes we are crazy like that.

So, first thing u need to do when planning a budget trip is browsing air tickets. Subscribe to airlines' newsletter. Kita akan sentiasa keep up with the offer updates. For WB , yang self proclaimed Air Asia Queens  (wave hand ala Ms Universe ) kena lah sign mati dengan AA planes kan. Dah lah Kamariah , kalau self paid vacation tak payah nak velagak sangat taknak naik low cost airlines ye. Objektif nak melancong ke naik kapal terbang jer?
 
Beli tiket awal,. Plan your vacation at least 6 months ahead. Dengan itu kita akan dapat membeli tiket dengan harga yang murah . Setahun pun tak apa. So that cuti dan family vacation boleh disuaikenalkan dalam calendar kita.
 
For this vacation we had made our booking almost 8 months earlier. 3 bulan sebelum tarikh berangkat kita mulakan misi pencarian tempat tinggal dan places to visit.
 
Untuk lebih jimat lebih baik kita ambil local travel agent di tempat yang kita nak pergi.WB telah menggunakan khidmat www.saviontravel.com Sri Lanka untuk servis private tour yang excellent. Hotel boleh book sendiri atau mohon agent tersebut yang tolong book. Save a lot of your shopping money if you spare some times to surf for info. Rajin is the key word. Not duit berkepok.
 
Sebelum berpergian perlu set kan objektif , dan modus operandi. Contohnya shopping trip, country drive, city tour or a bit of everything. Selalunya orang Malaysia suka bercarca merba dalam waktu yang singkat. Vroom Vroom Vacation gitew. Its a bit tiring tapi bergantung jugak siapa travel companion kita. Kalau bawak mak sedara yang sakit lutut atau bapak yang gout contohnya , maka berpada-padalah buat itinerary. Contohnya. WB decided to go for a country side private tour with of course a bit of (a bit la sangat) of shopping. Well girls got to do what girls do best.
 
 Dan yang paling grande sekali to WB to set the theme for your vacation. Oh kegembiraan.Untuk Sri Lanka Trip we decided to pack our flare skirts untuk tujuan photo shoot di tempat istimewa yang didambakan itu. Tema nya kat tempat tu ialah classic retro. Haaa hambek kau. Tema di hari lain adalah bebas sesuka hatimu.
 
NOTA : Tukar duit kepada USD. Tidak wajar bawak rupee dari Malaysia. Tukar USD di sana adalah lebih menguntungkan. Banyk tempat shopping seperti factory outlet menerima USD. (tapi kalau beli vadey dari minachi tepi jalan atau beli buah manga kat gerai toksah lah menyakitkan hati orang tu guna USD ye)
 
Setiba di Colombo , kami dijemput oleh Ashraf (bukan Sinclair) di Airport dan terus ke tempat dambaan NUWAIRA ELIYA. Haaaa kagum kan dengan nama tempat yang macam boleh letak nama anak. Nuwaira Eliya adalah sebuah kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland lah lebih kurang. Ianya dibuka oleh British Settlers bila mereka merindui England. Lebih menarik lagi di situlah teh Sri Lanka yang terkenal ditanam. Among the best in the world.
 
Perjalanan memang agak hazab ye kerana faktor muka bumi berbukit bukau.Lebih kurang 4 jam dari Airport. Tetapi pemandangan sangat indah di sepanjang perjalanan mampu juga sedikit sebanyak menghilangkan mabuk kenderaan . Oh Sri Lanka adalah sebuah Negara yang bersih.
 

                                 Singgah membasahkan tekak di tepi jalan. Sebiji kelapa 50 sen.
                                 Mahal ke murah tu ye mengikut pasaran komoditi dunia ?


NOTA : Sediakan ubat untuk mabuk kenderaan dan pastikan bateri kamera /telefon bimbit penuh takut meroyan kerasukkan saka pulak bila tak dapat capture pemandangan indah.
 
 


  
 
 
 
 

 
Ciri2 seorang WB yang kental. Walaupun mabuk dengan kronik tetaplah mampu posing 


Separuh perjalanan WB singgah di sebuah Kilang teh yang tersohor di Sri Lanka untuk R&R dan melegakan kemabukkan yang ditahan-tahan kerana jalan yang bengkang bengkok.

 
 
 
Di sini ada  Mussola dan cafĂ© untuk menikmati teh bersama kek dan scones. Minum petang di lereng gunung yang dingin dengan detemani anjing (yang disuruh main jauh2) , dan flora yang indah berkembang, bliss. Terasa seperti mem Inggeris di zaman sebelum perang dunia ke dua sedang bersantai menunggu suami yang pergi memburu rusa.
 
Di sini juga kita boleh melawat kilang teh dan membeli teh Sri Lanka original yang dibungkus cantik. Banyak ilmu mengenai teh boleh ditimba di sini. Contohnya teh terbaik ialah teh putih dan yang kedua teh hijau dan seterusnya teh hitam dan teh merah. Di sini juga WB terasa sangat pandai kerana belajar mengenai gred teh dunia seperti BOP (broken orange pekoe) dan BP (Broken Pekoe). Selepas itu dah tahu memilih teh yang baik adalah melalui gred dan bukan brand.


 
 
Tengoklah rupa kilang  yang mengeluarkan teh terbaik dunia. Tidakkah kita terasa seperti telah berundur ke zaman Hitler



Perjalanan  di teruskan ke puncak Nuwaira Eliya . Hotel kami  Oak Ray sangat bersih dan indah. Memang akan terasa  berada di Swiwtzerland pada musim bunga. Di sekelilingnya adalah kebun sayur penduduk tempatan.




Hari yang indah untuk photoshoot . Lepas sarapan pagi yang extra scrumptious sebab ada  jus nenas tempatan dan  makan DOSA (TOSAI yang dieja -dosa) kami pun menggedik berposing.









End of part 1.

Desert  Rose