Wednesday 19 November 2014

SEHARI DI JAKARTA (SHOPPING SAMPAI LEBAM)

Salam WBeloved....                                                                                                                                  

One day kita bersiap nak pergi kerja, rummaging through your wardrobe and dem, takder baju dah nak pakai. Dah beratus kali buat tayangan semula. Kemurungan kan kalau episod begitu terjadi dalam hidup kita? When you are so in dire need of new look.




Fret not darlings. Pi bukak website airlines. Korang kena tahu fakta  tempat yang paling fabulous untuk shopping baju yang murah dan santek2 dalam pelbagai gaya adalah di  Indonesia!!!!. Especially Jakarta dan Bandung. Tapi jika korang ada masa lebih boleh cuba explore kota-kota lain di Indonesia yang ada ada gaya dan style tersendiri.

Plan for you trip. I mean ONE DAY TRIP TO JAKARTA. Yess. Tak salah bacaan tu. Kita boleh terbang ala-ala jet set ke Jakarta just to shop. Safe duit hotel and duit makan korang ye. Ingat niat asal tu kan nak make over. So part nak bergedik makan angin tu kita cerita di lain masa ya.

Untuk trip yang sebegini WB cadangkan ambik la flight Abang Tony F . Reason being Air Asia adalah cheap dan waktu nya yang bersesuaian untk misi tangkapan. First Flight is at 7 am. Memang la berdarah jiwa nak survive pergi airport pagi2 buta. Tahu. Tapi korang kena lah berkorban sikit. Nak cantik takkkk??? Akan tetapi rancanglah perjalanan tu sebaiknya. Faktor-faktor yang harus diambil kira ialah simpanan tabung ayam korang dan ketika Air Asia buat promosi . Masa tulah korang berusaha untuk book tiket.






Untuk first timer, tiket boleh di booking online di website yang dah diberi kat atas tu. Guna kad kredit atau debit card pun boleh. Kalau takder, pinjam kawan punya dulu, cukup bulan karang bayar lah. Tak payah pilih seat yang hot-hot sangat, seat biasa pun sudah. 2 jam je. Jimatkan duit untuk beli baju. Insuran pun tak payah. Tulah petua membeli tiket dengan kos minima.

Korang akan sampai ke Soekarno Hatta Airport dalam pukul 8 am (local time) Sempat breakfast lagi tu kan kat airport sambil checkin  FB. Posh sangat. Lagi satu pesanan penaja, janganlah pergi during weekend. Tu memang menempah kemusnahan. Pergi lah masa weekdays.Kerana cuti hujung minggu warga kota Jakarta pun nak shopping jugak uolsz. Karang dihimpit dek buketi seantero Jakarta  pun masalah juga. (buketi - bau ketiak). Untuk return ambiklah flight yang paling akhir iaitu 8.25 pm. Ingat ye first and last flight selalunya murah. Dan yang paling penting banyak masa untuk korang shopping.




Lagi satu peraalatan yang diperlukan untuk misi ini ialah luggage bag. Ikutlah kesesuaian selera dan nafsu korang dan ongkosnya. Air Asia menawarkan 15kg sampai 30kg luggage yang boleh dipilih.Rahsianya kenapa kena bawak luggage ialah nanti memudahkan korang nak shopping. Takkan nak angkat barang-barang tu semua dengan tangan. Bengkok pulak jari jemari korang yang lentik.





Kalau nak pergi segerombolan WB cadangkan jumlah yang terbaik adalah 5-6 orang. Senang nak sewa transport. Di hujung entry WB akan bagi reccomendation supir yang biasa we all gunakan di sana. Biasanya sewa untuk satu hari suntuk harganya sekitar RM180-RM300 mengikut jenis dan size.Boleh saja kalau nak nak ambil teksi. Tapi lebih mudah untuk ada supir. Kalau naik teksi di Jakarta pastikan naik yang bertajuk BLUE BIRD kerana ianya lebih reliable dan bermeter.




Dari airport bolehlah menuju ke tempat shopping pilihan korang. Cadangan WB eloklah ke Tanah Abang dulu kerana kebanyakkan toko di sana bukak pada jam 9 am. Di samping korang menjadi pelanggan pertama yang mesti akan diberi diskaun korang jugak boleh shopping dengan aman tenteram tanpa himpitan penduduk setempat.







TANAH ABANG 

Korang ada dua pilihan samada nak spend the whole time di Tanah Abang which is sangat lah disarankan kerana terdapat beratus toko yang tak akan habis untuk di terokai dalam masa sejam dua. Sesuai dengan namanya shopping di tanah abang akan membuatkan kita merasa seperti bershopping di kedai abang atau suami kita sendiri gitew. 

Atau hadkan masa korang sekitar 2-3 jam dan selepas itu boleh bergerak ke tempat lain seperti mall atau ITC  dan WTC yang lain sekitar Jakarta. Tempat favourite WB antara lain selain dari Tanah Abang ialah ITC Kuningan atau juga dikenali sebagai ambasador sebab ia terletak di kawasan kedutaan, Mangga 2, Blok M, dan Tamrin City. Tapi harus diingati tujuan utama untuk bershopping. Jadi dinasihati jangan buang masa travelling ke sana sini. Setiap saat adalah berharga.








Di Tanah Abang pun terdapat hampir semua jenis clothing dan kebanyakkan mall akan mengambil stock dari Tanah Abang. Oleh itu harganya lebih murah dan boleh dibeli secara borong (grosir) jika membeli lebih dari tiga helai, atau secara eceran (beli satu). Di Tanah Abang jugak terdapat food court yang bersih dan makanan yang sedap dan mussola yang besar dan bersih. 

Jika anda peminat buku tegar, boleh terus ke Senayan. Di situ buku-buku dijual seperti pasar ikan. Murah dan pilihan yang pelbagai. Buku-buku lama karya Hamka dan Pramoedya Ananta Toer pun boleh dicari di situ. 

Apa-apa pun selewatnya jam 4.30 ptng korang kena lah bertolak ke airport . Kalau lambat kena bukak pasar malam pulak karang menjual balik baju2 korang tu nak buat tambang balik, we all is donno ye.#sediakan wang Rp150,000-00 (RM54) untuk airport tax. Usahlah dilangsaikan rupiahmu di tempat shopping ye adik-adik,


Lalu selesailah misi kemanusiaan korang yang bertajuk SEHARI DI JAKARTA. Kita bersambung di lain kali untuk posting percutian di Jakarta Bandung. Chiao.

*pictures courtesy of GOOGLE

Wanderlust Belles' Fashion Tips

Attire - Simple cotton blouse with jeans and flat shoes. Thin chiffon /cotton shawl /hijab. You are going to have a long day, so better stick to the simplest of style. Toksah la bertudung Parida Rogayah Mak Limah semua. Its gonna be quite humid and hot walaupun mall nya berhawa dingin kerana korang akan bermarathon. Bring a pair of clean clothing and inner garment. You can change and freshen up at the airport.


* Untuk yang memerlukan perkhidmatan supir, jangan malu-malu untuk hubungi Mas Anto melalui mobile phone atau whtsapp beliau di nombor  +62813- 1165-9652.


Lots of love

Desert Rose