Wednesday 10 June 2015

Magical Sri Lanka - Part 2

Salam WBeloved

Ok part  1 was  published some ages ago.I know. I know. Hidup perlu  bersabar ye adik-adik. Besar ganjaran orang bersabar. :) (terima kasih atas permintaan2 yang bertalu-talu untuk update blog ni. Terharu dengan kegigihan korang meminati we all. Awwwww)


Day 2 in Nuwaira Elia diteruskan dengan melawat persekitaran yang sangat suci dan tidak tercemar dengan pembangunan terlampau. It is best to keep it that way.

The night before kami dibawa makan malam yang awesome. Briyani di Grand Indian Restauran berdekatan dengan The Grand Hotel.



Posing ala Kakak Ponti di bawah lampu jalan.Di belakang tu The Grand Hotel. Gambar selepas makan briyani dengan rakusnya after 4 hours plus of winding and bumpy journey, Kim Kadesyen pun tak mampu nak gojes derr.



The Grand Indian Restaurant (Halal Food. Can eat like dinosour)

Dalam kesamaran malam terlihatlah taman bunga yang indah di perkarangan Grand Hotel. Jadi takkan lah nak berposing di taman bunga di bawah sinar rembulan. Hanya kakak ponti je suka buat perangai begitu. We decided to come again the day after untuk meninjau keindahan lanskapnya dan tumpang bergambar.

Inilah The Grand Hotel Nuwaira Elia, the oldest hotel there, built during the colonial period.







Bersantai-santai di Gregory Lake

Di perjalanan turun masing-masing pun berdoa agar tiada lagi kejadian mabuk-mabuk free sepanjang perjalanan. Kita singgah lah sebentar di ladang teh tempat asal kebanyakkan teh ternama dunia di tanam. 


Bermesra bersma masyarakat setempat. Lepas tu depa mintak upah sebab ambik gambaq depa. Diva Ladang rupanya


Teh yang u all minum dengan dengan posh tu, segala earl grey, english breakfast , darjeeling ni achi achi nilah yang dok tanam okay.


Bunga ni terpaksa dibeli dengan harga lebih kurang USD9 kerana kasihan kepada budak penjual yang mengejar van kami sepanjang menuruni bukit. Kerana risau beliau akan pengsan maka terpaksalah kami beli.



Avacado yang juga terpaksa dibeli kerana kes kasihan jugak. Mungkin trip ini sebenarnya lebih sesuai dinamakan Trip Belas Kasihan (Yang akhirnya kesian kepada kami yang habis duit bershopping )


Tempat pertama yang dituju sesampainya di tanah datar ialah kilang batu permata. Ada pelbagai jenis batu permata yang dilombong di Ratnapura dan Kandy. Menurut kajian batu2 permata ini asalnya dari syurga, dan ia turun bersama Nabi Adam A.S yang dipercayai turun di Adam's peak.


Wedding ring Kate Middleton pun ditempah di Kandy. Walaupun kami hanyalah Kate Middleage crisis kami juga tergedik-gedik jugak memborong batu permata aneka warna. Murah .Sangat.


Found this

Setelah sedar diri dan telah miskin kami pun pergi ke sebuah restoren untuk makan tengahari. Tak Ingat pulak nama restoren tersebut. Tapi banyak terdapat restoren halal di Sri Lanka. Ayam juga boleh dimakan di kebanyakkan tempat kerana majoriti penduduk beragama Buddha Trivada dan Hindu yang tidak makan daging. Jadi ayam dan lembu disembelih oleh Muslim.



Buffet lunch hanya lebih kurang RM27. Sedap dan lazat 


Day 3

Apa lagi yang terbaik di Sri Lanka? Sari dan ........NORITAKE.



Barangan Noritake di sini memang menggiurkan dan harganya sangat murah berbanding di Malaysia. Pada asalnya hanya dua orang saja yang ada misi untuk memborong pinggan mangkuk, akan tetapi kerana tidak tahan daulat akhirnya semua ahli telah terjebak sama. 

Peringatan sebelum masuk dalam kedai baca doa masuk pasar banyak kali. Sila semak di belakang pinggan. Kerana ada juga bone china. Walaupun tulang lembu tapi kita tak mau lah makan dalam pinggan tulang kan. Kita makan sup tulang dalam pinggan kaca.


Ratu pinggan mangkuk sedang berduet lagu hindustan dengan pembantu kedai dalam usaha mendapatkan diskaun yang lebih.


Setelah miskin edpisod dua kami pun menuju ke kedai sari pulak. Di sini pun eloklah membaca doa masuk pasar banyak kali jugak. 


Bersusun-susun kain sari sara di sini. Harga pun sangat ok dan boleh diskaun. Tapi perlu diingatkan hospitaliti di sini agak ke laut dalam. Pastikan duit USD yang anda tukar dalam keadaan baik, tidak lusuh dan koyak. Anda mungkin akan menghadapi masalah di situ.

Colombo juga ada banyak Factory Outlet yang menjual branded item terutamanya ZARA  dan Mark & Spencer. Jadi targetlah apa yang anda nak buat atau apa yang nak dibeli.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Sri Lanka yang tak sempat dilawati oleh WB kerana kesuntukan masa. Elephant santuary, herbs garden, Adam's peak adalah antara tempat-tempat yang wajib dikunjungi.

Setelah bajet dah tahap kritikal bolehlah kita bercanda di tepian Lautan Hindi sambil menikmati sunset dan melayan perasan/perasaan.



Railway by the beach. Bila ambik gambar kena phewitt dengan jejaka2 Colombo dari atas keretapi. Feeling retis tamil uolsz.






In short Sri Lanka is a magnificent country to visit, where history, nature and fun are blended together harmoniously. Just go. 

Signing Off
Desert Rose