Friday 19 December 2014

THE MAGICAL SRI LANKA - Part 1



Hello WBeloved. Muah Muah.

Bila sebut Sri Lanka apakah korang akan teringat kepada gerilla tamil yillam atau kpd Tuan Presiden Sri Lanka yang namanya begitu gah sekali, Rajapaksa. (Dah la raja suka plak paksa orang).

But actually Sri Lanka has a lot to offer to Travellers. From Historical places to Shopping Places and Beautiful Nature.

WB telah berkesempatan melancong ke Sri Lanka pada 2012 setelah tertarik dengan nama sebuah tempat di sana. Gila posh kan sebab suka nama tempat tu maka terpaksa lah melawatinya. Yes we are crazy like that.

So, first thing u need to do when planning a budget trip is browsing air tickets. Subscribe to airlines' newsletter. Kita akan sentiasa keep up with the offer updates. For WB , yang self proclaimed Air Asia Queens  (wave hand ala Ms Universe ) kena lah sign mati dengan AA planes kan. Dah lah Kamariah , kalau self paid vacation tak payah nak velagak sangat taknak naik low cost airlines ye. Objektif nak melancong ke naik kapal terbang jer?
 
Beli tiket awal,. Plan your vacation at least 6 months ahead. Dengan itu kita akan dapat membeli tiket dengan harga yang murah . Setahun pun tak apa. So that cuti dan family vacation boleh disuaikenalkan dalam calendar kita.
 
For this vacation we had made our booking almost 8 months earlier. 3 bulan sebelum tarikh berangkat kita mulakan misi pencarian tempat tinggal dan places to visit.
 
Untuk lebih jimat lebih baik kita ambil local travel agent di tempat yang kita nak pergi.WB telah menggunakan khidmat www.saviontravel.com Sri Lanka untuk servis private tour yang excellent. Hotel boleh book sendiri atau mohon agent tersebut yang tolong book. Save a lot of your shopping money if you spare some times to surf for info. Rajin is the key word. Not duit berkepok.
 
Sebelum berpergian perlu set kan objektif , dan modus operandi. Contohnya shopping trip, country drive, city tour or a bit of everything. Selalunya orang Malaysia suka bercarca merba dalam waktu yang singkat. Vroom Vroom Vacation gitew. Its a bit tiring tapi bergantung jugak siapa travel companion kita. Kalau bawak mak sedara yang sakit lutut atau bapak yang gout contohnya , maka berpada-padalah buat itinerary. Contohnya. WB decided to go for a country side private tour with of course a bit of (a bit la sangat) of shopping. Well girls got to do what girls do best.
 
 Dan yang paling grande sekali to WB to set the theme for your vacation. Oh kegembiraan.Untuk Sri Lanka Trip we decided to pack our flare skirts untuk tujuan photo shoot di tempat istimewa yang didambakan itu. Tema nya kat tempat tu ialah classic retro. Haaa hambek kau. Tema di hari lain adalah bebas sesuka hatimu.
 
NOTA : Tukar duit kepada USD. Tidak wajar bawak rupee dari Malaysia. Tukar USD di sana adalah lebih menguntungkan. Banyk tempat shopping seperti factory outlet menerima USD. (tapi kalau beli vadey dari minachi tepi jalan atau beli buah manga kat gerai toksah lah menyakitkan hati orang tu guna USD ye)
 
Setiba di Colombo , kami dijemput oleh Ashraf (bukan Sinclair) di Airport dan terus ke tempat dambaan NUWAIRA ELIYA. Haaaa kagum kan dengan nama tempat yang macam boleh letak nama anak. Nuwaira Eliya adalah sebuah kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland lah lebih kurang. Ianya dibuka oleh British Settlers bila mereka merindui England. Lebih menarik lagi di situlah teh Sri Lanka yang terkenal ditanam. Among the best in the world.
 
Perjalanan memang agak hazab ye kerana faktor muka bumi berbukit bukau.Lebih kurang 4 jam dari Airport. Tetapi pemandangan sangat indah di sepanjang perjalanan mampu juga sedikit sebanyak menghilangkan mabuk kenderaan . Oh Sri Lanka adalah sebuah Negara yang bersih.
 

                                 Singgah membasahkan tekak di tepi jalan. Sebiji kelapa 50 sen.
                                 Mahal ke murah tu ye mengikut pasaran komoditi dunia ?


NOTA : Sediakan ubat untuk mabuk kenderaan dan pastikan bateri kamera /telefon bimbit penuh takut meroyan kerasukkan saka pulak bila tak dapat capture pemandangan indah.
 
 


  
 
 
 
 

 
Ciri2 seorang WB yang kental. Walaupun mabuk dengan kronik tetaplah mampu posing 


Separuh perjalanan WB singgah di sebuah Kilang teh yang tersohor di Sri Lanka untuk R&R dan melegakan kemabukkan yang ditahan-tahan kerana jalan yang bengkang bengkok.

 
 
 
Di sini ada  Mussola dan cafĂ© untuk menikmati teh bersama kek dan scones. Minum petang di lereng gunung yang dingin dengan detemani anjing (yang disuruh main jauh2) , dan flora yang indah berkembang, bliss. Terasa seperti mem Inggeris di zaman sebelum perang dunia ke dua sedang bersantai menunggu suami yang pergi memburu rusa.
 
Di sini juga kita boleh melawat kilang teh dan membeli teh Sri Lanka original yang dibungkus cantik. Banyak ilmu mengenai teh boleh ditimba di sini. Contohnya teh terbaik ialah teh putih dan yang kedua teh hijau dan seterusnya teh hitam dan teh merah. Di sini juga WB terasa sangat pandai kerana belajar mengenai gred teh dunia seperti BOP (broken orange pekoe) dan BP (Broken Pekoe). Selepas itu dah tahu memilih teh yang baik adalah melalui gred dan bukan brand.


 
 
Tengoklah rupa kilang  yang mengeluarkan teh terbaik dunia. Tidakkah kita terasa seperti telah berundur ke zaman Hitler



Perjalanan  di teruskan ke puncak Nuwaira Eliya . Hotel kami  Oak Ray sangat bersih dan indah. Memang akan terasa  berada di Swiwtzerland pada musim bunga. Di sekelilingnya adalah kebun sayur penduduk tempatan.




Hari yang indah untuk photoshoot . Lepas sarapan pagi yang extra scrumptious sebab ada  jus nenas tempatan dan  makan DOSA (TOSAI yang dieja -dosa) kami pun menggedik berposing.









End of part 1.

Desert  Rose